KUALA TERENGGANU – Program Pelita Raya Terengganu yang bertujuan menyemarakkan sambutan bulan Ramadan kembali dianjurkan di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini selama lima hari sehingga Sabtu ini.
Pengarah Pelancongan Terengganu Ahmad Ridzwan Abd. Rahman berkata, program tersebut pada edisi kali kini berkonsepkan hiasan pelita raya di pesisir pantai.
“Sebanyak 10 agensi terdiri lapan pejabat tanah dan daerah di Terengganu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu menyertai program Pelita Raya edisi kali ini.
“Kita masih mengekalkan tradisi penggunaan barangan terpakai seperti tempurung, tin minuman, buluh dan botol dalam perbuatan hiasan pelita raya dipamerkan bagi mengekalkan keunikannya,” katanya di TTI di sini malam tadi.
Ahmad Ridzwan berkata, Jabatan Pelancongan Terengganu menyasarkan edisi kali ini yang berlangsung dari 8 malam hingga 11.30 malam tersebut mampu menarik kehadiran lebih 40,000 pengunjung. – KOSMO! ONLINE