fbpx

MAIWP, Media Mulia edar 1,000 bubur lambuk percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Media Mulia bersama MAIWP dan ahli kariah surau menyampaikan pek bubur lambuk percuma pada program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Media Mulia bersama MAIWP di Surau Al-Husna Seri Semarak. - Foto SADDAM YUSOFF

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,000 penduduk di sekitar Setapak, di sini menerima bubur lambuk percuma yang diedarkan oleh Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Makanan yang sinonim dimakan pada bulan puasa itu diserahkan menerusi program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di Surau Al-Husna Seri Semarak, Setapak hari ini.

Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, program itu merupakan kerjasama kali pertama pihaknya bersama Media Mulia bagi program agihan bubur lambuk pada Ramadan tahun ini.

Kakitangan Media Mulia bersama MAIWP dan ahli kariah menyediakan bubur lambuk pada program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Media Mulia bersama MAIWP di Surau Jumaat Al-Husna Seri Semarak Setapak, Kuala Lumpur hari ini. Gambar SADDAM YUSOFF

“Masih banyak lagi rakan kolaborasi MAIWP dalam program seumpama ini termasuk agihan bubur lambuk di masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“MAIWP dan Media Mulia sentiasa berhubung bagi mendapatkan perkhidmatan liputan berita dan promosi dalam program-program anjuran kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program pengagihan 1,000 pek bubur lambuk pada Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini hari ini.

Jelasnya, lokasi Surau Al-Husna dipilih bagi menyantuni masyakat khususnya muslimin dan muslimat di kawasan surau berkenaan.

“Surau Al-Husna juga mempunyai kemudahan dan kawasan yang luas bagi merealisasikan program agihan bubur lambuk pada hari ini.

Syed Kamarulzaman menyerahkan bubur lambuk percuma kepada asnaf pada program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Media Mulia bersama MAIWP di Surau Jumaat Al-Husna Seri Semarak Setapak, Kuala Lumpur hari ini. Gambar SADDAM YUSOFF

“Selain itu, di kawasan PPR ini juga, ramai penerima bantuan MAIWP tinggal di sini. Secara tidak langsung kami dapat menyantuni mereka dengan lebih dekat,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Mohd. Fauzi Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd. Nizam Yahya dan Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia, Abd. Wahid Idris.

Kakitangan Media Mulia dan MAIWP serta ahli kariah menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan pada program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Media Mulia bersama MAIWP di Surau Jumaat Al-Husna Seri Semarak Setapak, Kuala Lumpur hari ini. Gambar SADDAM YUSOFF

Dalam pada itu, Syed Kamarulzaman berharap lebih banyak pihak yang tampil menjalin kerjasama dengan MAIWP dalam membantu menyantuni masyarakat khususnya asnaf.

“Kita tidak boleh lagi bekerja secara solo, `teamwork’ (kerja berpasukan) itu amat penting.

“MAIWP sendiri tidak mampu bekerja seorang, kami memerlukan rakan-rakan strategik supaya kita dapat sama-sama membantu membuat Kebajikan dan kebaikan dalam sudut pandang yang berbeza,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI