fbpx

Mahsuri Dagang jayakan Kongsi Berkat, edar lebih 1,000 bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga FBMK UPM bekerjasama menjayakan Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Mahsuri Dagang dan Media Mulia, hari ini. Foto AMIR KHALID

SERDANG – Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Syarikat Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang) dan Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) diteruskan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Pengarah Mahsuri Dagang, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, selain mempromosikan jenama Mahsuri, program itu juga bertujuan untuk meraikan para penuntut di universiti berkenaan dan masyarakat sekitar.

Selain itu katanya, program tersebut juga merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terhadap golongan yang memerlukan.

“Pada masa akan datang, kami akan mengadakan program seumpamanya di lokasi-lokasi lain pula dalam usaha bertemu pelanggan-pelanggan baharu.

“Kali ini lebih 1,000 lambuk (diedarkan), akan datang mungkin berbeza pula, namun objektifnya adalah sama,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar.

Roslan

Tajaan Mahsuri Dagang dan Media Mulia juga melibatkan sumbangan untuk tabung pembinaan surau di FBMK UPM.

Turut menerima bantuan, 40 pelajar asnaf FBMK serta 80 anak yatim daripada Baitul Ulfah dan Rumah Bakti Al Kausar.

Fasa pertama sumbangan itu akan disalurkan menerusi Program Putra Cakna 2.0 ‘Wahana Cinta Ramadan’: Eratkan Jalinan, Lebarkan Senyuman, malam ini yang berupa wang tunai, barangan keperluan harian dan kelengkapan bersahur.

Dalam pada itu, Roslan menyeru supaya orang ramai terus memberikan sokongan kepada produk Mahsuri kerana ia bukan sahaja berkualiti, malah ia juga keluaran syarikat bumiputera.

Azlan (empat dari kiri) bersama Dr. Ahmad Farhan (depan, dua dari kanan) memasak bubur lambuk untuk diagihkan pada Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Media Mulia dan Mahsuri Dagang di UPM Serdang hari ini. GAMBAR AMIR KHALID

“Teruskan sokongan. Ia bukan sahaja halal, berkualiti dan rasa juga tiada yang setanding,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Komersial Mahsuri Dagang, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, program berkenaan sedikit sebanyak menceriakan pelajar UPM yang kini berjauhan dengan keluarga.

“Ia juga membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Kita akan teruskan program bersama komuniti badan beruniform dan penduduk asnaf,” ujarnya.

Kakitangan Media Mulia dan UPM mengedar bubur lambuk kepada pelajar dan kakitangan UPM di Serdang hari ini. GAMBAR AMIR KHALID

Pada masa sama, Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, kerjasama dan ukhuwah menerusi program tersebut menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) pihak UPM.

“Itu matlamat utama. Untuk program akan datang, ia bergantung kepada kreativiti dan tidak terhad kepada program yang sama sahaja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI