fbpx

Lelaki Australia dijumpai maut dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota membuka pintu kediaman warga Australia itu. IHSAN JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Australia ditemui meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Jalan Bemban, Ampang, di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 12.19 tengah malam.

Katanya, seramai 10 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dikejarkan ke lokasi.

“Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Fariszuan Jumaat, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati pintu rumah berkunci.

“Setelah anggota berjaya membuka pintu, terdapat seorang lelaki telah meninggal dunia,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, lelaki warga Australia berusia 48 tahun itu dipercayai membunuh diri.

“Mayat lelaki itu diserahkan pada pihak polis bagi siasatan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI