KUALA NERANG – Seorang peniaga di Bazar Ramadan Felda Lubuk Merbau, dekat sini menyediakan kira-kira 8,000 biji kuih pelbagai jenis sehari yang dijual pada harga RM1 bagi tujuh biji. Menurut Roslina Saad, 55, dia bersyukur jualan di gerai Cucoq Semulut itu tetap laris walaupun harga bagi 15 jenis kuih di situ terpaksa dinaikkan berbanding tahun lalu. Katanya, sejak memulakan perniagaan kira-kira 21 tahun lalu, kuih-muih dijual pada harga 10 sen sebiji. “Harga barang sekarang naik mendadak, jadi saya terpaksa jual…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya