fbpx

Kor Ming tak perlu masuk campur isu stoking kalimah Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming.

GEORGE TOWN – Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dinasihatkan agar tidak campur tangan berhubung isu membabitkan stoking tertera kalimah Allah yang dijual di rangkaian pasar raya KK Super Mart.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Fahmi Zainol berkata, ini kerana perkara tersebut tiada kaitan langsung dengan Kor Ming dan beliau tidak perlu terburu-buru mengulas mengenai hal berkenaan.

“Perkara ini bukan berkisar soal sentimen perkauman dan agama tetapi ia lebih daripada itu, kesucian nama Allah menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk menjaga dan mentarbatkannya.

”Tiada kaitan langsung perkara ini kepada Kor Ming. Kenapa terburu-buru perlu ulas hal ini. Diam adalah lebih baik berbanding berkata-kata,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa agar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh memberhentikan kempen memboikot rangkaian pasar raya KK Mart.

Kor Ming menggesa pemimpin muda dari Melaka itu supaya berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama berhubung isu berkenaan dengan berkata reaksi Dr. Akmal hanya akan memudaratkan UMNO.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, jika Kor Ming faham tentang soal menghormati kesucian agama masing-masing, beliau sepatutnya tidak perlu campur tangan dalam hal itu kerana ia akan memburukkan lagi keadaan dalam negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI