fbpx

Enam individu diambil keterangan berhubung kes ibu kelar anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Kumar menyampaikan beg pada perniaga bazar di dalam Program Walkabout di Tapak Bazar Ramadan, Plaza Angsana , Johor Bahru, hari ini. - Foto  Baazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung seorang ibu yang mengelar anak kandungnya seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, mereka yang terlibat termasuklah suami, ahli keluarga dan jiran wanita berkenaan, manakala wanita berusia 32 tahun itu ditempatkan di hospital sepanjang tempoh reman bagi membolehkannya mendapatkan rawatan dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Siasatan awal mendapati memang wanita itu ada masalah kesihatan, tetapi kita masih menunggu laporan penuh daripada pihak hospital. Dia sekarang di dalam hospital,

“Jadi selain kita punya siasatan, dia juga sedang menjalani rawatan sebab ada mengalami kecederaan sedikit di bahagian kepala. Wanita itu memberikan kerjasama baik, namun motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Tapak Bazar Ramadan Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI