fbpx

Elon Musk mengaku ambil ketamin tetapi bukan penagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSK mendukung anak lelakinya semasa melawat kilang Tesla dekat Berlin pada 13 Mac lalu. – AFP

WASHINGTON  –  Bilionair antara paling kaya di dunia, Elon Musk menyatakan bahawa penggunaan dadah oleh dirinya memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan semalam.

Musk mengaku mengambil preskripsi ketamin untuk merawat ‘kerangka minda negatifnya.’

Dadah itu biasanya digunakan untuk merawat kesakitan dan kemurungan. Taikun berusia 52 tahun itu membuat pengakuan tersebut berikutan laporan media Amerika Syarikat bahawa penggunaan dadah olehnya telah menakutkan pelabur.

“Ketamin membantu menangani kerangka fikiran negatif,” Musk memberitahu bekas pengacara saluran berita CNN,  Don Lemon dalam wawancara tersebut yang disiarkan di media sosial.

Ditanya sama ada penggunaan ketamin boleh memberi kesan negatif kepada persepsi pelabur, Musk berkata: “Kami (Tesla) mempunyai kereta paling laris di dunia pada tahun lepas. Jadi, dari sudut pandangan pelabur, jika ada sesuatu yang saya ambil, saya harus terus mengambilnya.”

Musk yang mengendalikan firma SpaceX dan Tesla serta memiliki platform media sosial X, bagaimanapun menafikan  menyalahgunakan ketamin.

Menurutnya, dia menggunakan hanya  ‘sedikit ketamin sekali setiap minggu atau lebih kurang begitu’

Tambah bilionair itu, beliau tidak percaya dirinya tidak mempunyai masalah ‘kemurungan berlanjutan’. Sebaliknya, Musk mengambil ketamin hanya  apabila  ‘dirinya berada dalam keadaan negatif.’

Semasa temu bual selama sejam itu, Musk turut membincangkan tentang beliau bertemu calon pilihan raya Presiden Parti Republikan,  Donald Trump pada bulan ini  tetapi  tidak memberi bayangan siapa yang akan mendapat sokongannya pada pilihan raya November nanti.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyalahgunaan ketamin akan merosakkan badan termasuk  kerosakan buah pinggang, salur kencing, loya , sawan di samping masalah pernafasan yang boleh membawa maut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI