fbpx

Duo Atalanta jadi buruan Ratcliffe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOOPMEINERS (kiri) dianggap sebagai pemain yang mampu menambah kekuatan jentera tengah United dan menjadi antara pilihan pada musim panas kali ini. - AFP

MANCHESTER – Manchester United sudah membuat perancangan awal pada jendela perpindahan musim panas nanti apabila sedang menjejaki dua pemain baharu yang berada dalam radar mereka.

Laporan menyebut bahawa kali ini ‘kiblat’ mereka adalah terarah ke Serie A di Itali apabila berminat dengan kelibat dua pemain Atalanta, Giorgio Scalvini dan Teun Koopmeiners yang beraksi di posisi pertahanan dan tengah.

Ketua unit bola sepak United, Sir Jim Ratcliffe bersama pasukannya bersedia untuk membuat beberapa perubahan drastik bagi memastikan kelab itu kembali disegani dan mampu mencabar kejuaraan domestik serta Eropah.

Mereka dilaporkan sedang menyiapkan dana sebesar €110 juta (RM564.88 juta) untuk mendapatkan khidmat dua pemain berkenaan, namun cabaran utama adalah meyakinkan pengendali Atalanta, Gian Piero Gasperini melepaskan khidmat dua pemain tonggaknya itu.

Selain dua pemain berkenaan, United juga dilapor memburu sekurang-kurangnya empat lagi pemain baharu di posisi pemain tengah bertahan, pemain tengah, penyerang dan membuat pertimbangan untuk menambah kekuatan di bahagian sayap kanan.

Bagi menyempurnakan misi tersebut, Ratcliffe telah mengumpulkan beberapa individu berpengaruh dalam pasukan kerjanya dengan mambawa masuk Omar Berrada, Jean Claude-Blanc serta Dan Ashworth. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI