fbpx

Ceriakan lebaran dengan rona terang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warna terang menyerlahkan penampilan di pagi Syawal.

HARI Raya Aidilfitri yang bakal disambut merupakan hari yang paling dinanti-nantikan umat Islam selepas berpuasa selama sebulan.

Hari Raya juga merupakan hari yang mana ramai akan melaram sakan atau all out dan tampil berbeza berbanding hari-hari yang lain.

Justeru, pilihan busana yang lain daripada yang lain, namun masih tampak anggun serta tidak berlebihan sering menjadi pilihan golongan fashionista untuk digayakan di pagi Syawal.

Pereka fesyen, Arma Abd. Rahman di bawah label Armacouture baru-baru ini mengadakan satu pertunjukan fesyen busana Aidilfitri bertempat The Avenoir, Equestrian Park, Putrajaya.

Lama menyepi daripada industri fesyen, Arma kali ini tampil membuat kemunculan semula bersama koleksi Aidilfitri yang mengetengahkan 30 pakaian lelaki dan wanita dalam rona penuh ceria.

Ujar Arma, kesemua rekaan tersebut adalah merupakan rekaan ‘made to measure’ atau ‘luxe collection’ dan sudah boleh mula ditempah.

Sebagai seorang pereka fesyen yang sudah berpengalaman, praktikaliti dan romantis menjadi dua perkara yang dipegang Arma setiap kali menghasilkan koleksi baharu.

“Ramai pereka fesyen baharu tampil menghasilkan rekaan busana yang pada saya cukup berinovasi.

“Namun bagi saya, saya akan sentiasa mengekalkan dua ciri atau perkara ini iaitu praktikaliti dan romantis dalam menghasilkan pakaian supaya ia tidak berlebih-lebihan dan tidak nampak ‘badut’,” ujarnya.

Jika dilihat, pemilihan warna buat koleksi Aidilfitri pertama Armacouture selepas menyepi sejak 2017 adalah daripada rona-rona terang seperti jingga, merah, ungu dan hijau.

Jika pada hari-hari biasa anda takut untuk bergaya dengan warna sedemikian, koleksi Aidilfitri tersebut boleh menjadi pilihan sekiranya mahu tampil berani dan berbeza tatkala beraya.

Begitu pun, Arma turut menggunakan warna-warna pastel dan lembut bagi memberikan lebih variasi kepada pelanggan.

Dari segi fabrik pula, Arma berkata, dia menggabungkan beberapa jenis fabrik seperti broked, renda, sifon, linen, satin dutches, sutera Shantung dan sutera Siam.

Bagi perincian pula, sesetengah rekaan diperhalusi dengan perincian seperti jahitan manik pada bahagian tangan, sulam kerawang, sulam goyang dan perincian berupa tampalan renda bagi gaya yang memikat.

Berkongsi tentang salah satu rekaan kebarung yang dihasilkannya, Arma memberitahu kebarung yang diberi nama Kalis Noda itu merupakan antara rekaan menariknya buat tahun ini.

“Bagi rekaan kebarung Kalis Noda ini, ia dihasilkan daripada fabrik broked yang tebal dan tidak jarang dan diperincikan pula dengan sulaman benang emas.

“Pada bahagian hujung tangannya pula, saya meletakkan sulaman biku benang emas.

“Sebagai penambah seri, ia digayakan bersama selendang organza rona sedondon yang menjadikan pemakai tampak manis dan sopan,” katanya.

Jelas Arma lagi, memandangkan kesemua helaian yang diperkenalkan itu adalah ‘made to measure’, maka pelanggan boleh memilih sendiri warna dan jenis fabrik yang dimahukan, sesuai cita rasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI