fbpx

Amitabh Bachchan kena serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMITABH BACHCHAN

BERITA aktor legenda Amitabh Bachchan dikejarkan ke hospital di Mumbai, India pada Jumaat minggu lalu menggemparkan peminat.

Begitupun peminat lega selepas keluarga memaklumkan bintang mega Bollywood yang sudah mencecah usia 81 tahun itu dibenarkan pulang ke rumah.

Biarpun ramai menebak Amitabh dimasukkan ke hospital berikutan masalah jantung, pihak terdekat enggan mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini spekulasi bertebaran menyatakan bapa kepada Abishek ke hospital bagi menjalani prosedur angioplasti bagi melebarkan arteri atau saluran darah yang tersumbat.

Menerusi sumber lain pula, difahamkan prosedur berkenaan bukan dilakukan pada jantungnya tetapi di saluran darah pada bahagian kaki.

Beberapa bulan kebelakangan ini kesihatan Amitabh tidak menentu selepas mengalami kecederaan pada tulang dada ketika menjalani penggambaran filem Kalki 2898 AD.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI