fbpx

Sudah sebulan tak jumpa anak – Isteri Safee Sali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fitria Elfina menangis ketika ditemui pemberita selepas prosiding Sulh Hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. FOTO: SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Isteri bekas pemain kebangsaan kebangsaan, Fitria Elfina Maharip mendedahkan sudah lebih sebulan tidak berjumpa dua anak mereka.

Fitria Elfina,44, berkata, ini selepas dua anaknya iaitu Shanika Salsabilah Mohd. Safee, 9 dan Shania Safina telah diambil Safee Sali pada 6 Februari lalu ketika ketiadaanya di rumah.

“Selepas ambil anak, saya terus tidak dapat berkomunikasi dengan mereka dan tidak tahu di mana mereka berada ketika ini.

“Memang sangat rindu dengan anak kerana saya tidak pernah berpisah dengan mereka (sejak mereka lahir),” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Fitria dan Safee menghadiri proses Sulh tuntutan penuh hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini.

Bagaimanapun, tiada kata sepakat tercapai antara kedua-duanya dari segi syarat diletakkan masing-masing pada prosiding yang berlangsung hampir sejam.

Sehubungan itu, Fitria Elfina memfailkan tuntutan hadanah bagi penjagaan dua anaknya itu dengan tarikh sebutan semula kes ditetapkan 9 Mei depan.

Mengulas lanjut, Fitria Elfina berkata, Safee Sali ada pergi ke rumahnya pada 28 Februari lalu bagi mengambil beberapa barang dua anak mereka dengan menaki keretanya.

“Namun, Safee pulang dengan menaiki aplikasi p-hailing. Saya terus ke kenderaannya dan jumpa sepucuk surat yang ditulis oleh anak.

“Shanika dan Shania mengatakan mereka rindu saya. Malah, mereka cakap tidak selesa tinggal dengan dia (Safee Sali) kerana ada ‘orang’ yang marah mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, usaha untuk menemubual Safee Sali gagal apabila Presiden Persatuan Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) tersebut enggan memberikan sebarang komen. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI