fbpx

Stoking kalimah Allah: KDN siasat vendor KK Mart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar stoking yang dimuat naik Firdaus Wong menerusi Facebook beliau sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjalankan siasatan terhadap vendor KK Mart berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya memandang serius isu terbabit dan tindakan penguatkuasaan akan diambil.

“KDN melaksanakan (pemeriksaan) di semua premis KK Mart di seluruh negara dan mendapati KK Mart sudah menarik balik semua stoking berkenaan di semua cawangannya di seluruh negara.

“Namun demikian, siasatan lanjut kita laksanakan terhadap pengurusan dan vendor-vendor yang terbabit bagi memastikan stoking ini tidak lagi berada di pasaran dalam negara ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkaitan tindakan yang KDN bagi menoktahkan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila salah seorang pelanggan menemui stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, di sini.

Bagaimanapun, KK Mart kemudiannya tampil membuat permohonan maaf dan melahirkan rasa kesal atas penjualan stoking berkenaan.

Shamsul Anuar berkata, KDN akan membentangkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di Dewan Rakyat pada tahun ini.

“KDN dalam tindakan untuk meminda akta ini bagi memastikan ia memenuhi keperluan dan kehendak semasa, terutama sekali berkaitan dengan jenayah dalam talian dan sebagainya.

“Begitu juga pada 11 Mac tahun ini, kita sudah adakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak bagi mengemaskini dan memastikan pindaan ini dapat dilaksanakan dengan baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI