fbpx

Skor TP dimansuh diganti kepada peratus, gred

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazlina bercakap pada sidang akhbar khas di Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Bermula sesi persekolahan ini, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua mata pelajaran murid di sekolah akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred.

Berbanding sebelum ini, skor setiap mata pelajaran bagi UASA dipaparkan dalam bentuk tahap penguasaan (TP) iaitu antara 1 hingga 6.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang keliru dengan pelaporan TP sebelum ini.

“Sebelum ini, berlaku pertikaian dalam kalangan ibu bapa yang mempersoal bagaimana nak ukur prestasi pembelajaran anak mereka.

“Sebagai contoh, TP 6 itu apa (maksudnya tahap penguasaan bagaimana) dan selepas ini tiada lagi paparan TP sebaliknya ia dipaparkan dalam bentuk peratus dan gred.

“Bagaimanapun, penggunaan TP masih digunapakai dalam pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) namun, bagi pelaporan UASA ia dikeluarkan dalam bentuk peratus dan gred,” katanya pada sidang akhbar khas Intervensi Kurikulum di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI