fbpx

Perompak curi bangku lewat malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan bangku-bangku marmar (dalam bulatan) sebelum dicuri di Pattaya malam Sabtu lalu. - Foto The Pattaya News

BANGKOK  – Sekumpulan pencuri disyaki mencuri bangku marmar yang berada di luar  bangunan Yayasan Penyelamat Sawang Boriboon Thammasathan di Pattaya, lapor portal berita The Pattaya News hari ini.

 Ketua pasukan penyelamat itu, Wisut Thong-u melaporkan kepada polis dan media semalam bahawa terdapat beberapa individu tidak dikenali menyelinap  masuk ke kawasan bangunan mereka.

Kumpulan penyamun itu mencuri banyak bangku marmar yang digunakan oleh anggota-anggota penyelamat untuk berehat.

Kecurian itu berlaku lewat malam Sabtu lalu.

Bangku yang hilang adalah hasil sumbangan orang ramai.

Sebuah bangku itu memiliki panjang kira-kira 2 meter dan anggaran nilainya ialah 14,000 baht (RM1,838).

Menurut Wisut, tiada anggota penyelamat menyaksikan kecurian itu. Dia percaya terdapat  lebih daripada seorang pencuri terlibat kerana bangku itu berat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI