fbpx

Papan tanda minta jangan ikut arah Google Maps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAPAN tanpa yang meminta pelancong jangan mengikut arahan Google Maps di Kodagu. - Foto @KodaguConnect

NEW DELHI  – Penduduk tempatan di daerah Kodagu, negeri Karnataka memasang papan tanda memberi amaran kepada pengembara dan pelancong tentang kesilapan penunjuk arah Google Maps atau Peta Google, lapor portal berita NDTV semalam.

Papan tanda itu menggesa pengguna untuk tidak mengikut arahan Google Maps dan mengambil laluan berbeza untuk pergi ke pusat peranginan Kelab Mahindra.

Gambar papan tanda itu   dikongsi oleh pengguna di laman sosial yang dikendalikan  oleh Kodagu Connect. 

“Google silap. Jalan ini tidak menuju ke Kelab Mahindra,” tulis ayat pada papan tanda itu.

Papan tanda itu dipasang oleh penduduk kampung yang bosan dengan sejumlah pengembara sesat ketika hendak menuju ke kelab tersebut.

Mereka  bertanyakan kepada penduduk tempatan arah tuju kelab itu selepas dikelirukan oleh Google Maps. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI