PELAKON Olivia Munn akhirnya membuat pendedahan sudah setahun berjuang berdepan kanser payudara.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam media sosialnya, pelakon berusia 48 tahun itu memberitahu, terpaksa merahsiakan penyakit yang dihidapi daripada pengetahuan umum kerana tidak mahu dilihat lemah, terutama ketika sedang menjalani rawatan kemoterapi.
“Selama setahun saya menyimpan rahsia ini.
“Saya tidak boleh keluar rumah, membawa anak-anak saya ke taman dan berdandan dengan cantik.
“Saya tidak mahu orang lain melihat saya dalam keadaan menyedihkan,” katanya.
Bintang X-Men: Apocalypse itu bagaimanapun bersyukur kerana dikurniakan keluarga dan sahabat terdekat yang sentiasa memberikan semangat untuk dirinya terus kuat menjalani kehidupan sepagai pejuang kanser.
“Saya bersyukur kerana suami saya, John selalu ada di sisi. Begitu juga kenalan rapat yang selalu memberikan saya semangat. Tanpa mereka, saya tidak mungkin boleh melalui derita ini seorang diri,” katanya. – KOSMO! ONLINE