fbpx

MotoGP: Acosta cabar kedudukan Miller

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACOSTA berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam perlumbaan debut di GP Qatar pada saingan pembukaan lalu. - AFP

LONDON – Pelumba Australia, Jack Miller tidak menolak kemungkinan tempatnya bersama pasukan KTM mungkin terancam disebabkan prestasi baik yang ditunjukkan pelumba muda, Pedro Acosta dari pasukan satelit Tech3 GasGas.

Miller bergelut sepanjang saingan pembukaan di Grand Prix Qatar pada aksi pembukaan musim ini apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-21 daripada 22 pelumba.

Namun, nasib berbeza dilalui Acosta, 19, apabila berjaya mempamerkan aksi tunggangan mengagumkan pada aksi debut dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan, malah beberapa kali dilihat berentap dengan pelumba Gresini Racingi, Marc Marquez.

Penganalisis perlumbaan MotoGP, Slyvain Guintoli menganggap Miller akan menghadapi tekanan dengan kemunculan pelumba muda itu.

“Masalah yang Jack hadapi ketika ini adalah tekanan yang mula dirasai ekoran prestasi terbaik yang dipamerkan oleh Pedro Acosta.

“Semua orang bercakap mengenai kontrak ketika ini. Ada diantara mereka, Brad Binder, Pecco Bagnaia dan beberapa lagi sudah di perbaharui perjanjian mereka, namun pelumba kedua untuk pasukan masing-masing masih belum diputuskan.

“Pelumba kedua untuk berada di samping Binder dalam pasukan KTM masih terbuka dan sedang menanti, ia menyebabkan tekanan hebat buat Miller,” kata Guintoli.

Sementara itu, kontrak Miller dan Augusto Fernandez (Tech3 GasGas) akan tamat pada akhir musim ini dan prestasi buruk yang ditunjukkan Miller di Qatar mungkin akan membuka pilihan buat KTM untuk mendapatkan pelumba baharu yang lebih kompetitif. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI