fbpx

MAINS dibenar batalkan saman wanita mahu keluar Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Plantif ketika hadir bagi mendengar keputusan mahkamah mengenai permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk membatalkan samannya. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk membatalkan saman pemula seorang wanita berusia 46 tahun yang mahu mengisytiharkan dirinya sebagai bukan Islam, sejak tahun lalu.

Hakim, Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mahkamah meneliti kes permohonan responden kedua iaitu MAINS, afidavit yang difailkan serta hujuhan-hujahan bertulis yang difailkan ke mahkamah.

Menurut Hakim, permohonan MAINS itu dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, untuk satu perintah.

“Mahkamah hari ini memutuskan untuk membenarkan permohonan MAINS untuk membatalkan saman pemula oleh pemohon. Oleh itu, saman pemula ini dibatalkan,” katanya.

Pada 23 Mac tahun lalu, plaintif yang merupakan seorang ahli perniagaan telah menfailkan saman pemula terhadap tiga pihak iaitu kerajaan Malaysia, MAINS dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai responden pertama hingga ketiga.

Menerusi saman pemula itu, plantif turut memohon responden ketiga mengubah serta mengemas kini rekod-rekod serta maklumat peribadi dirinya kepada agama bukan Islam di dalam sistem pendaftaran responden ketiga.

Selain itu, plantif turut memohon namanya ditukar serta merta nama Melayunya kepada nama wanita India dan alasan yang diberikan adalah pemohon merupakan kanak-kanak di bawah umur ketika agama pemohon ditukar daripada Hindu kepada agama Islam oleh bapa pemohon.

Pemohon juga mengatakan tidak pernah mengucapkan kalimah Syahadah selain tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI