fbpx

Luahan Pembaca: Masih ada peniaga bazar tidak letak tanda harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK berkuasa diminta sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap peniaga-peniaga di bazar Ramadan. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG

Masih ada segelintir peniaga bazar Ramadan yang tidak meletakkan tanda harga pada juadah berbuka puasa yang dijual mereka.

Jika pada hari pertama berpuasa mungkin boleh dimaafkan, namun ia berlarutan sehingga kini.

Tanda harga amat penting supaya pengguna boleh mengetahui harga makanan atau minuman yang dijual, malah ia merupakan satu peraturan yang perlu dipatuhi.

Adakah peniaga terbabit takut jika pengunjung melihat harga makanan atau minuman yang dijual mereka mahal? Takut sekiranya pengunjung tidak akan datang ke gerai mereka.

Adakah ini merupakan satu strategi? Jika benar, ia sebenarnya memakan diri. Pengguna kini banyak pilihan. Mereka akan mengunjungi gerai yang menawarkan harga berpatutan dan lebih penting juadah berbuka puasa yang dibeli sedap.

Mohon pihak berkuasa melakukan pemantauan di bazar-bazar Ramadan seluruh negara bagi mengesan kesalahan yang dilakukan peniaga.

MAT SEMPOL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI