fbpx

Luahan Pembaca: Lebuh Raya LTU jadi tong sampah setiap kali raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN biasa setiap kali musim perayaan apabila sampah sarap dibuang merata-rata di bahu Lebuh Raya LTU di Kuala Lipis-Gua Musang.

SAUDARA PENGARANG

Setiap kali musim cuti, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) atau dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) menjadi pilihan perantau untuk pulang ke Kelantan.

Disebabkan kawasan rehat dan rawat (R&R) masih belum dibina, pengguna biasanya akan berhenti rehat di bahu jalan LTU jajaran Kuala Lipis-Gua Musang terutama sekitar Kampung Relong dan Chegar Perah.

Amat dikesali sikap segelintir mereka yang sesuka hati membuang sampah seperti botol plastik dan bekas polistirena.

Perkara ini sudah banyak kali tular, tetapi malangnya masih tiada kesedaran untuk berubah.

Rancangan Kementerian Kerja Raya untuk membina beberapa R&R di sepanjang laluan LTU iaitu di Bentong, Kampung Relong dan Gua Musang amat dialu-alukan.

Hentian R&R yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk tong sampah amat diperlukan terutama ketika kesesakan lebuh raya menjadi luar biasa ketika musim cuti perayaan.

Sementara menantikan hentian R&R berkenaan siap dibina, Majlis Daerah Lipis diharapkan dapat menyediakan tong sampah roro di lokasi tertentu selain memasang papan tanda peringatan supaya pengguna jalan raya tidak membuang sampah merata-rata.

M. FAISAL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI