fbpx

Jualan model Ford Ranger, Ford Everest catat rekod tertinggi tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuhair menerima anugerah untuk Ford Next-Gen Ranger XLT, Ranger Raptor dan Ranger Wildtrak di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sime Darby Auto Connexion-Ford (SDAC-Ford), pengedar tunggal kenderaan Ford di negara ini, berjaya mencatat jualan tertinggi iaitu sebanyak 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest pada tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Turse Zuhair berkata, melalui pencapaian ini, ia akan terus memantapkan lagi kedudukan syarikat dalam industri automotif negara.

Mengulas lanjut, sejak dilancarkan, Ford Ranger Generasi Baharu telah mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran Malaysia kerana prestasi dan kualiti luar biasanya.

Model Ranger Raptor Generasi Baharu enjin Petrol 3.0L menawarkan enjin berkuasa V6 Twin Turbo dengan tork 397 PS dan 583 Nm, membawakan pengalaman memandu yang luar biasa. 

Sementara itu, model Ranger PlatinumGenerasi Baharu yang baru dilancarkan pada bulan November tahun lepas, dilengkapi dengan ciri-ciri kecanggihan yang menjanjikan keselesaan mewah dan teknologi pintar.

“Satu faktor penyumbang penting kepada kejayaan syarikat adalah  perkembangan mantap rangkaian pengedar SDAC-Ford untuk menambah baik pengalaman servis Ford. 

“Tahun lalu, kami telah menyempurnakan upacara pecah tanah bagi premis pengedar Ford Signature bernilai RM12 juta yang terletak di Jalan Baru, Seberang Prai. 

“Kemudahan pusat Ford 3S serba canggih ini menduduki kawasan seluas 46,000 kaki persegi, yang mencontohi Ford Signature Corporate Identity dan menyediakan enam belas ruang servis dan empat ruang pameran kenderaan. 

“Pusat ini akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir 2024,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Selain itu, SDAC-Ford telah meluaskan kehadirannya di Sabah bagi memenuhi permintaan pasaran ekoran Sabah memiliki pasaran pikap ketiga terbesar di negara ini.

Syarikat melancarkan dua pusat pengedar utama iaitu Ford Kota Kinabalu (Inanam), Boston Auto Dealership  dan Ford Kota Kinabalu (Penampang), Rightpower Corporation.

Sambil meneruskan pengembangan operasi yang strategik, SDAC-Ford juga telah membuka Ford Kota Samarahan pada Oktober 2023 lalu.

 “Kami bersiap sedia menempuh satu lagi tahun cemerlang dan kami yakin bahawa Ford akan terus mempelopori pasaran, sambil kami memenuhi komitmen terhadap kecemerlangan dan memberikan tahap kepuasan yang lebih tinggi kepada pelanggan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI