fbpx

Jadi rider, jual nasi lemak demi enam anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohani (empat dari kiri) bersama enam anaknya di rumah sewa mereka di Kampung Machang, Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU – Demi tanggungjawab terhadap enam anak, seorang ibu tunggal gigih membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan mereka.

Rohani Abdul Halim, 37, mencari rezeki dengan menjadi penghantar barang sambilan dengan bermotosikal di sekitar daerah ini selain menjual nasi lemak pada sebelah malam.

Sebelum ini, katanya, dia dan enam anaknya termasuk dua kembar berusia antara 8 hingga 14 tahun menetap di Klang, Selangor dan kemudian pulang ke Kampung Jerlan, di sini, selepas berpisah dengan suami kira-kira dua tahun lalu.

“Oleh kerana rumah pusaka terlalu uzur, saya membawa ibu, Juwariah Che Lah, 67, dan anak-anak berpindah dengan menyewa lot rumah kedai di Kampung Machang sebanyak RM300 sebulan sejak hampir setahun lalu.

“Pada mulanya saya berniaga nasi lemak dan minuman di rumah kedai itu bermula selepas maghrib hingga lewat malam setiap hari,” katanya ketika ditemui di Kampung Machang, di sini baru-baru ini.

Rohani berkata, dise­babkan pendapatan menjual nasi lemak secara purata RM80 sehari tidak mencukupi untuk menyara keluarga, dia kemudian menjadi penghantar barang dengan ­meminjam motosikal adiknya sejak lebih dua bulan lalu.

“Kalau ikut memang penat, kena berkejar balik hantar barang terus buat persediaan memasak nasi lemak pada sebelah malam.

“Semuanya demi membesarkan anak-anak dan menyiapkan persiapan persekolahan mereka selain Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi,” ujarnya.

Tambanya, dia bersyukur turut menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM950.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank Rohani bernombor 12251164140 (Hong Leong Bank) atau menghubunginya di talian 011-37415086.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI