fbpx

Iceland alami letusan gunung berapi terkuat sejak Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lahar dan asap berwarna merah jingga kelihatan di pinggir bandar Grindavik, kelmarin. - AFP

REYKJAVIK, Iceland – Pihak berkuasa Iceland mengisytiharkan perintah darurat di selatan negara itu selepas satu lagi letusan gunung berapi melanda Semenanjung Reykjanes.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, ia merupakan letusan kali keempat sejak Disember tahun lalu.

Ia juga dianggap letusan paling kuat setakat ini dengan pergerakan lahar sampai di sekitar bandar Grindavik, yang mana kira-kira 4,000 penduduknya telah dipindahkan, lapor media tempatan.

Menurut perkhidmatan pertahanan awam negara itu, letusan bermula selepas pukul 8 malam (waktu tempatan) kelmarin di antara pergunungan Hagafell dan Stora-Scogfell, utara Grindavik.

Ia adalah lokasi sama berlakunya letusan gunung berapi pada 8 Disember tahun lalu.

Rakaman letusan itu menunjukkan kepulan asap dan magma bercahaya mengalir dan menggelegak dari lubang-lubang yang terdapat di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik dan lapangan terbang serantau lain tidak terjejas ekoran letusan itu.

Seorang ahli geofizik, Magnus Tumi Gudmundsson yang meninjau kawasan terjejas dengan helikopter berkata, lahar berisiko mengalir ke laut, namun keadaan itu tidak akan berlaku sekiranya aktiviti gunung berapi tersebut berkurangan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI