fbpx

Bayi Ramadan! Caprice timang anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice dikurniakan cahaya mata sulung selepas isterinya selamat bersalin semalam.

PETALING JAYA – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan Caprice selamat menimang cahaya mata sulungnya semalam.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram miliknya yang memaparkan dia sedang mendukung bayinya yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan Farra Inalis.

“17 Mac, alhamdulillah Lil Cappy (panggilan anak) selamat dilahirkan. Salam Malaysia.

“Terima kasih untuk semua doa dan ucapan tahniah, saya baru sempat untuk membacanya serta memberi makna besar dalam hidup kami.

“Syukur alhamdulillah untuk segala-galanya,” katanya ringkas.

Caprice bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai jantina anak pertamanya itu kepada umum.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah kepada pelantun lagu Baby Sayang itu.

“Tahniah Caprice dan Farr, seronoknya timang anak pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillah, semoga menjadi anak yang soleh. Selamat datang ke dunia ibu bapa,” komen netizen.

Terdahulu, Caprice mengumumkan isterinya sedang hamil lima bulan pada September tahun lalu.

Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November 2022 yang merupakan seorang ibu tunggal.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI