fbpx

Agong kurnia surat cara pelantikan hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara hari ini.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu hantaran memaklumkan, Majlis Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Tinggi itu berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil.

“Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hanipah Farikullah dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

“Seri Paduka Baginda kemudian berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Su Tiang Joo, Alexander Siew How Wai dan Amelati Anak Parnell,” kata laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Menurut laman Facebook tersebut, hadir sama pada majlis istiadat itu Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Kata laman Facebook berkenaan, turut hadir Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

“Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad,” kata Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI