fbpx

Tular bom ikan: Jabatan Perhutanan kaji prosedur, impak aktiviti 4×4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Jabatan Perhutanan Perak akan mengkaji semula berkaitan prosedur dan impak aktiviti kenderaan pacuan empat roda (4×4) terhadap dirian hutan.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Sabri Abdul Manaf berkata, satu perbincangan bersama pengusaha aktiviti berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kajian ini dijalankan susulan arahan pembekuan pemberian kelulusan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) di daerah Hulu Perak.

“Arahan pembekuan tersebut selain atas faktor penguatkuasaan dan kawalan ke atas sumber hutan, ia juga bagi memberi ruang kepada proses siasatan kes pengeboman ikan oleh sekumpulan ahli kelab pacuan empat roda yang tular di media sosial baru-baru ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, pembekuan permit yang berkuatkuasa serta-merta itu melibatkan Hutan Simpan Amanjaya, Hutan Simpan Banding, Hutan Simpan Temengor dan Hutan Simpan Gerik bagi tempoh tiga bulan sehingga 15 Jun depan.

“Arahan pembekuan permit itu bagi tujuan rekreasi termasuk aktiviti kenderaan pacuan empat roda, motocross, basikal lasak dan memancing,” katanya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berkaitan kes tersebut pada Khamis lalu bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 47 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 kerana disyaki memasuki Hutan Simpanan Kekal tanpa kebenaran.

“Semua dinasihatkan tidak memasuki mana-mana hutan simpanan kekal tanpa Permit Memasuki Hutan. Pelanggaran boleh didakwa di bawah Seksyen 47 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI