fbpx

Remaja lari rumah, merajuk dipercayai enggan ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL AINA yang dilaporkan hilang sejak 5 Mac lalu disyaki lari dari rumahnya di Kuarters Hospital Temenggung Seri Maharaja, Kulai.

KULAI – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang sejak 5 Mac lalu selepas disyaki lari dari rumahnya di Kuarters Hospital Temenggung Seri Maharaja di sini, selepas merajuk enggan pergi ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee Hassan berkata, Nurul Aina Najwa Abdul Fatah, 16, kali terakhir dilihat terakhir pada pukul 12.30 tengah malam di rumahnya pada 5 Mac lalu.

Katanya, laporan kehilangan pelajar Sekolah Madrasah Saleng di sini kemudiannya dibuat keluarga terbabit di Balai Polis Kulai pada hari yang sama.

“Nurul Aina merupakan anak sulung dan mempunyai dua adik tiri yang tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Ayahnya berusia lingkungan 30an bekerja sebagai pemandu ambulan manakala ibu tiri remaja itu merupakan guru tuisyen.

“Difahamkan Nurul Aina enggan pergi ke sekolah kerana sesi persekolahan baharu hendak bermula ketika itu,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Seng Lee berkata, siasatan mendapati Nurul Aina baharu dua tahun bersekolah di Saleng dan sebelum ini dia tinggal bersama datuk serta neneknya di Labis, Segamat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Teo Feng Shun dengan menelefon 018-3774339 atau Balai Polis Kulai di talian 07-6632222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI