fbpx

Orleans Masters: Hon Jian-Haikal muncul juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HON JIAN (kanan) dan Haikal merangkul kejuaraan pada kejohanan Orleans Masters selepas menewaskan beregu Indonesia di perlawanan akhir sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menambah koleksi kejuaraan di pentas antarabangsa selepas memenangi Kejohanan Badminton Orleans Masters sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Palais des Sports, Orleans itu, Hon Jian-Haikal memastikan kemenangan 21-15, 18-21, 21-14 ke atas beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam tempoh 54 minit.

Keputusan itu menyaksikan Hon Jian-Haikal sudah meraih tiga kejuaraan sejak digandingkan Ogos tahun lalu apabila turut memenangi kejohanan Antarabangsa India dan Guwahati Masters Disember lepas.

Gelaran terbaharu itu pastinya memberi kelegaan dan keyakinan kepada beregu No.40 dunia itu dalam usaha mereka untuk menembusi kelompok 20 terbaik menjelang penghujung tahun ini.

Selaku juara, Hon Jian-Haikal membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM78,032) berserta pingat manakala Karyaman-Moh Reza berpuas hati dengan AS$7,980 (RM37,534) dan juga pingat.

Sebaik menamatkan saingan di Orleans Masters, Hon Jian-Haikal akan berangkat ke Basel bagi meneruskan jelajah Eropah dengan menyertai kejohanan Terbuka Switzerland yang bermula 19 hingga 24 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI