fbpx

Lelaki maut terjatuh selamatkan diri ketika rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN kebakaran menyebabkan kediaman mangsa musnah 100 peratus di Felda Tersang 1, Raub, awal pagi tadi.

RAUB – Seorang lelaki maut selepas terjatuh semasa menyelamatkan diri ketika rumahnya di Felda Tersang 1, di sini, musnah terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa, Abd Shukur Abdullah Suhaimin, 46, dipercayai keluar rumah sebelum terjatuh di belakang rumah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Ir. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.42 pagi sebelum sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dan BBP Sungai Koyan terus ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis sementara yang musnah 100 peratus dan rumah bersebelahan melibatkan bahagian bilik dengan anggaran kemusnahan 20 peratus. Seorang lagi lelaki dewasa melecur di bahagian tangan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman api dilakukan dengan menggunakan dua aliran hos serta satu aliran hos 200 kaki menerusi tangki jentera bomba.

“Api berjaya dikawal pada pukul 2.51 pagi dan mangsa yang melecur di tangan telah dirawat oleh pasukan penyelamat. Lokasi kejadian terletak kira-kira 38 kilometer dan tiada liputan di tempat kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI