Gadis manis berasal Kelantan, Nur Fahima Mohd. Norazman, 19, yang menghiasi ruangan Pesona Ahad minggu ini merupakan seorang hafizah 30 juzuk al-Quran. Dalam masa sama, Pelajar Asasi Komunikasi di Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya itu juga merupakan pencipta kandungan yang aktif berkongsi tutorial berhijab wanita muslimah dan mempunyai ramai pengikut di Instagram dan TikTok. Merupakan anak kedua daripada empat beradik, gadis yang selesa dipanggil Fahima ini berkongsi mengenai latar belakang kehidupannya dan cabaran sebagai hafizah untuk istiqamah mengingati hafazan. Kosmo! Ahad:…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya