fbpx

Elak bermewah sambut Aidilfitri – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

PETALING JAYA – Semua pimpinan dan ahli Parti Amanah Negara (Amanah) diminta untuk tidak bermewah dalam menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, wang untuk sebarang persediaan makanan mewah boleh digunakan membantu rakyat Palestin yang sedang menderita kelaparan.

“Tunjukkanlah simpati kita kepada rakyat Palestin. Majlis besar-besaran Aidilfitri dengan makanan yang pelbagai juadah kalau boleh dikurangkan kali ini.

“Menunjukkan simpati penuh kita kepada penderitaan di atas dasar kemanusiaan,” katanya dalam satu perkongsian video di media sosial, hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan seterusnya menasihati agar sambutan Aidilfitri kali ini disambut secara bersederhana.

Konflik antara Israel dan Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu dianggarkan telah mengorbankan lebih 30,000 nyawa, manakala lebih 70,000 dilaporkan cedera.

Terbaru, Pejabat Akhbar Kerajaan Hamas melaporkan sekurang-kurangnya 36 terbunuh dalam serangan tentera Israel di Nuseirat, Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI