fbpx

Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Perlis meninggal dunia semasa kuliah subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahya meninggal dunia sewaktu mendengar kuliah Subuh di Masjid Negeri, Arau, Perlis pagi tadi.

ARAU – Seorang pesara kerajaan meninggal dunia ketika sedang mendengar kuliah subuh di Masjid Negeri, di sini pada pagi ini.

Mangsa, Yahya Kadir, 65, yang merupakan bekas Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perlis ditemui seorang jemaah dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.05 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, menurut saksi kejadian, mangsa dikatakan berada dalam keadaan duduk sewaktu mendengar kuliah subuh itu dan dia kemudian didapati rebah secara tiba-tiba.

“Mangsa bukannya ahli kariah Masjid Negeri dan hanya hadir ke sana sekiranya ada program kuliah dianjurkan. Saksi cuba untuk mengejut mangsa beberapa kali tetapi tiada sebarang tindak balas,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Mohsin berkata, pihak masjid kemudiannya bertindak memaklumkan kejadian itu kepada polis dan pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pemeriksaan dilakukan oleh pasukan perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Untuk rekod mangsa juga adalah pesakit diabetis dan darah tinggi yang perlu mengambil preskripsi ubatan harian mengikut masa ditetapkan,” katanya.

Tambahnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai tiada kesalahan dizahirkan (NOD) berpandukan kepada kenyataan saksi terlibat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI