fbpx

Bangkai paus gergasi dikhuatiri meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai ikan paus ‘humpback’ ditemui oleh pelayar di luar pantai Norway - MAIL ONLINE

OSLO, NORWAY – Sekumpulan nelayan terkejut apabila menemui bangkai seekor ikan paus dalam keadaan terapung, manakala badannya kembung akibat gas yang terperangkap dan berisiko untuk meletup, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Nelayan tempatan, Dag Rydland berkata, dia meletakkan botnya pada jarak yang selamat dan menjarakkan dirinya kerana bimbang bangkai mamalia itu meletup.

“Saya berharap ia tidak terdampar di pantai sebelum itu (meletup),” katanya kepada akhbar Dagbladet, sambil menambah: “Jika bangkai paus itu mele­tup, banyak cebisan berbau busuk akan bertaburan di pantai.”

Menurut Rydland yang menjadi nelayan selama 27 tahun, dia menyaksikan banyak paus mati sepanjang hidupnya, namun bangkai itu adalah terbesar pernah ditemuinya.

“Ia terkandas kira-kira 3 meter dari pantai. Belon (paus) itu begitu besar!,” katanya.

Bangkai ikan paus sering meletup akibat pembentukan gas yang terperangkap di dalam badannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI