JAKARTA – Seorang wanita yang sarat hamil mengidam untuk disuap makanan oleh suaminya yang berada di dalam penjara, lapor akhbar Tribunjateng semalam.
Suaminya dilaporkan sedang menjalani tempoh tahanan di Balai Polis Kuantan Singingi, Riau.
Permintaan wanita hamil itu mendapat persetujuan polis Kuansing.
Baru-baru ini, tular satu rakaman video menunjukkan detik penuh emosi pertemuan antara si isteri dan suaminya.
Wanita hamil itu terlihat sudah berdiri menunggu suaminya di sebalik pintu besi sambil memegang makanan serta senduk.
Si suami yang memakai baju tahanan juga membawakan roti untuk disuapkan kepada isterinya. – AGENSI