fbpx

Terbeli ayam golek berdarah, busuk untuk berbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayam golek yang didakwa berbau busuk itu.

KLANG – Keterujaan empat beranak menikmati juadah berbuka puasa terhenti apabila ayam golek yang dibeli di sebuah kedai makan di sekitar daerah ini didakwa sudah berbau busuk dan masam, semalam.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti, 45, berkata, juadah itu dibeli anak sulungnya berusia 20 tahun, kira-kira pukul 6.30 petang.

“Saya terkejut ayam golek itu rasa masam dan masih ada kesan darah. Bau busuk itu buat kami terus hilang selera dan terpaksa jamah makanan lain,” katanya hari ini.

Tambah Siti, dia pernah membeli ayam golek di premis sama dengan harga lebih RM20 namun kejadian seumpama itu tidak berlaku.

“Peniaga perlu lebih peka dan jujur dengan kualiti makanan yang dijual. Saya harap perkara itu tidak berulang kepada pelanggan lain kerana ia boleh sebabkan keracunan makanan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI