fbpx

Roboh Stadium Shah Alam Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stadium Shah Alam.

SABAK BERNAM – Kerja perobohan Stadium Shah Alam dijangka bermula Mei ini selepas Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) diberikan tempoh selama tiga bulan untuk mematuhi syarat kontrak. 

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Saipolyazan M. Yusop berkata, tempoh tiga bulan itu bagi membolehkan pihak pemaju menyusun segala peran cangan dan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian persefahaman pada Februari lalu. 

Menurut beliau, pihaknya akan berunding dan menyediakan kontrak bagi kerja pembinaan kompleks baharu. 

“Perobohan itu mungkin mengambil masa setahun dan kita (MBI) menyediakan kontrak pembangunan stadium yang akan dibuat berasingan. 

“Kita robohkan dahulu sebelum mencari kaedah cara bayaran, pulangan dalam tempoh setahun,” katanya ketika ditemui pada program Sumbangan Ramadan Kepada Masjid dan Surau di Sungai Air Tawar di sini hari ini. 

Perjanjian Persefahaman (MoU) antara MRCB dan MBI memeterai persetujuan peringkat pertama menerusi surat peng anugerahan (LOA) yang diserahkan pada 6 Februari lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI