fbpx

Rekod buka puasa terpanjang di tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIBUAN penduduk Muslim menghadiri majlis berbuka puasa terpanjang di Makassar, Sulawesi, Rabu lalu. - Foto Pemerintah Makassar

JAKARTA –  Indonesia mencipta rekod  kerana menganjurkan majlis berbuka puasa terpanjang di negara berkenaan pada Rabu lalu, lapor portal berita Sindoo Makassar.com.

Majlis berbuka puasa itu diadakan di Pantai Losari dan dianjurkan oleh Kedutaan Arab Saudi bersama pemerintah tempatan Makassar serta Yayasan I-Salam.

Pihak pentadbiran Muzium Rekod Indonesia (MURI) menyerahkan anugerah kepada pemerintah daerah Makassar kerana berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa terpanjang di negara itu.

Beribu-ribu orang Islam menghadiri majlis tersebut untuk berbuka puasa sepanjang 2.14 kilometer.

“Kami dan pihak jawatankuasa mendapat sambutan apabila penduduk Kota Makassar datang berbaris di sepanjang taman Pantai Losari sepanjang 2,140 meter,” kata Pengurus Perhubungan Pelanggan MURI, Lutfi Syah Pradana.

Walaupun pada awalnya majlis berbuka puasa itu melibatkan jarak 2.5 kilometer atau 2,500 meter, namun sasaran itu gagal dicapai.

Bagaimanapun, barisan ahli jawatankuasa AJK MURI tetap memberikan sijil anugerah memecahkan rekod berbuka puasa terpanjang di Indonesia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI