fbpx

Objektif lawatan ke Jerman berjaya – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berangkat pulang dari Jerman, semalam.

PETALING JAYA – Lawatan selama lima hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia ke Jerman secara keseluruhan mencapai objektifnya.

Menerusi hantaran di media sosial Perdana Menteri, ia meliputi aspek mengukuhkan persahabatan kedua-dua negara serta meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan negara menerusi lawatan sulungnya ke negara tersebut.

“Saya percaya menerusi kerjasama pelbagai bidang ini menjanjikan masa hadapan yang lebih makmur sekali gus membawa manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.

“Penghargaan saya kepada kementerian, agensi kerajaan, pihak kedutaan serta rakan-rakan media yang bersama dalam memastikan lawatan ini berhasil,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI