fbpx

Marissa lari dari rumah, nikah Aslam di Thailand – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abby mengesahkan pernikahan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim dengan Mohd. Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

PETALING JAYA – Hampir tiga bulan mengunci mulut, pelakon yang juga usahawan, Abby Abadi akhirnya mengesahkan pernikahan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim dengan Mohd. Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Abby, 46, berkata, sebagai ibu, dia reda dengan jalan hidup yang dipilih Marissa yang juga seorang model pakaian Muslimah itu namun bertegas mahu pasangan itu segera mendaftar perkahwinan di Malaysia.

“Saya mengakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini.

“Daftar pernikahan di sini, sahkan kerana kita tinggal di Malaysia.

“Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak, sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini. Selesaikan benda yang belum selesai,” katanya dalam satu temu bual media.

Pelakon drama Gerak Khas itu juga turut berkongsi kronologi bagaimana Marissa ‘terlepas’ sebelum lari dan bernikah senyap-senyap di Thailand.

“Saya tak tahu sebab memang di luar jangkaan. Saya balik hari tu, suami tengok kamera litar tertutup (CCTV) ada kawan perempuan Marissa di rumah dan baru saya tahu dia dah terlepas ke Thailand.

“Rupa-rupanya kawannya itu seperti ganti dia supaya tiada sesiapa tahu dalam bilik tu tak ada orang. Sangat-sangat tak terjangka dek akal,” ujarnya.

Abby hanya mengetahui maklumat mengenai keberadaan Marissa di Thailand selepas mendapat bantuan daripada rakan polis.

Dia mengakui sudah reda dengan pernikahan tersebut dan percaya setiap yang terjadi adalah ketentuan dan takdir yang sudah ditetapkan Tuhan.

“Saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis selepas beri maklumat dan mereka bantu menjejaki Marissa.

“Saya hubungi anak tetapi tidak dapat, mungkin telefon bimbit ditutup.

“Sebagai ibu, saya harap semua ini tak berlaku dan cuba menidakkan perkara ini tak sah tetapi siapalah saya kalau sudah Allah SWT kata itu yang terbaik untuk mereka,” jelasnya.

Terdahulu, nama Marissa kembali menjadi bualan ramai pada Januari lalu selepas Aslam dikatakan sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu bapanya.

Baru-baru ini, Marissa dan Aslam juga turut mengejutkan ramai apabila berani tampil sebagai model sebuah jenama pakaian bagi koleksi hari raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI