fbpx

Komet ‘Gunung Berapi Ais’ muncul bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan 'Komet Gunung Berapi Ais' melintasi Bumi. - Foto SWNS

WASHINGTON – Sebuah komet bercahaya terang yang diberi julukan ‘Komet Syaitan” boleh dilihat oleh orang ramai di langit pada waktu malam dalam bulan ini, lapor portal berita Daily kelmarin.

Jasad angkasa lepas yang juga dikenali sebagai 12P/Pons-Brooks atau komet ‘Gunung Berapi Ais’ sedang melengkapkan orbitnya mengelilingi matahari selama 71 tahun.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), komet itu memiliki lebar beberapa kilometer.

Apabila ia semakin dekat dengan Matahari, sinaran suria memecahkan lapisan aisnya sebelum meletuskan ais dan gas.

Letusan itu yang mencetuskan ‘tanduk’ yang menyebabkan ia dikenali sebagai ‘Komet Syaitan.’

Bagaimanapun, tanduk itu kelihatan telah hilang selepas siri letusan yang paling baharu, lapor laman saintifik space.com.

Sebaliknya, komet itu menghasilkan cahaya hijau.

Situasi itu disebabkan oleh paras dikarbon yang tinggi pada ekor dan koma iaitu kawasan samar di sekeliling nukleus komet tersebut yang terbentuk apabila ia melintas berhampiran Matahari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI