fbpx

Kecewa kebab bazar Ramadan inti ‘secotet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebab inti secotet yang didakwa dibeli di sebuah bazar Ramadan di daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Seorang pembeli meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila dua kebab yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan di daerah Barat Daya, di sini mempunyai inti daging yang sedikit.

Menerusi satu kiriman di laman sosial Facebook Penang Press, pembeli tersebut mendakwa telah membeli juadah berbuka itu pada harga RM12.

“Saya terkena kebab harga 12 ringgit untuk dua kebab yang inti dia secotet (sedikit),” katanya.

Bagaimanapun, tinjauan di ruang komen mendapati orang ramai turut meluahkan kekecewaan dengan harga juadah di bazar Ramadan ketika ini yang dikatakan tidak masuk akal.

“Harga barang semua dah naik, kalau jual murah teruk la. Jadi kena la jual mahal tapi isi boh (letak) sikit-sikit baru boleh cepat kaya,” ujar pengguna media sosial.

“Aku tau (tahu) dah tang (dekat) mana. Aku baru beli ja semalam. Awat (kenapa) meniaga lagutu (macam itu). Boleh ja buat setengah daripada i tu kan..inti ayam seketoi (seketul), sayur, sos,” balas seorang lagi pengguna.

“Nasi lemak ayam berempah RM8..rasa macam dok (duduk) tengah-tengah kota KL noh,” kata pengguna lagi.

“Setahun sekali ja nak rasa kebab kubis ni,” keluh pengguna.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 471 tanda suka, 218 komen dan 34 perkongsian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI