fbpx

Fajarbaru dapat kontrak bernilai RM11.04 juta daripada Jabatan Pertahanan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fajarbaru telah mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula fasiliti ketenteraan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) melalui anak syarikat milik penuhnya,  Fajarbaru Builder Sdn. Bhd. (FBSB) bersama-sama Avionics Pty Ltd (APL), telah memperoleh Fasa Penghantaran (Kerja Awal) kontrak daripada Jabatan Pertahanan Australia, dengan bahagian kontrak Kumpulan bernilai RM11.04 juta. 

Anugerah ini memperluaskan lagi penglibatan Fajarbaru dalam reka bentuk dan pembinaan projek infrastruktur untuk membangunkan semula kemudahan ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang.

Sebelum ini, FBSB dan APL telah dianugerahkan Kontrak Utama (Antarabangsa) Dua Fasa daripada Jabatan Pertahanan Australia, untuk membangunkan semula kemudahan pajakan Australia dan kemudahan Malaysia di TUDM Butterworth. 

Melalui anugerah terbaharu ini,  jumlah nilai kerja Fajarbaru untuk projek itu kini berjumlah RM23.34 juta setakat 15 Mac 2024.

Chan Kong Choy

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Tan Sri Chan Kong Choy berkata, kerja awal, yang berada di bawah fasa penghantaran projek, akan bermula pada 18 Mac 2024 dan dijadualkan siap pada 21 November 2024.

“Penganugerahan projek ini adalah satu lagi pengesahan kedudukan kami sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam projek infrastruktur kritikal. 

“Kami kini berada pada kedudukan yang baik untuk menyampaikan keputusan yang luar biasa, mempamerkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dan keupayaan kami untuk memenuhi keperluan ketat Jabatan Pertahanan Australia.

“Dalam jangka masa panjang, kami percaya bahawa projek ini akan menjadi penyumbang penting kepada pendapatan kami. 

“Kami akan terus mencari peluang untuk mengembangkan lagi penglibatan  dalam projek ini, dengan membida lebih banyak pakej dengan tumpuan pada perniagaan nilai tambah dan rundingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kong Choy, dengan strategi untuk memacu aliran hasil yang mampan melalui pelbagai jenis perniagaan, Kumpulan komited untuk terus menunjukkan peningkatan yang mampan dari segi kewangan dan operasi. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI