fbpx

Ditawar kerja IT, amah tetapi dipaksa jadi pelacur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Empat wanita warga negara India yang menjadi mangsa eksploitasi untuk kegiatan persundalan diselamatkan polis menerusi serbuan di sebuah pangsapuri di Larkin Idaman, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata, dalam serbuan pukul 2.15 petang itu, empat wanita warga asing berusia antara 24 sehingga 39 tahun.

“Empat wanita warga India yang diselamatkan dalam serbuan itu dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks.

“Dalam serbuan yang sama pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun yang dipercayai berperanan sebagai pengurus rumah persundalan dan ‘transporter’,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua mangsa datang ke Malaysia dengan tawaran kerja bahagian dalam bahagian teknologi maklumat (IT) dan sebagai pembantu rumah.

“Namun apabila tiba di Malaysia telah dikurung dan dipaksa menjadi pelacur dengan bayaran gaji India Rupee (IR) 40,000 iaitu RM2,300 sebulan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI