fbpx

Cuaca cerah, baik di Semenanjung petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca cerah dan baik di seluruh negeri Semenanjung kecuali Sarawak, petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk yang membabitkan beberapa kawasan di Sarawak dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang.

“Ia melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Miri dan Marudi),” katanya, hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

Terdahulu, MetMalaysia menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celcius di Semenanjung termasuk Sabah sepanjang minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI