fbpx

Buaya panjang 4 meter terlepas dari kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR buaya yang bolos berjaya ditangkap oleh anggota-anggota pencari haiwan itu di Samut Sakhon, baru-baru ini. - Foto Pattaya Mail

BANGKOK  – Sebilangan buaya besar berjaya lolos dari sebuah ladang penternakan reptilia  itu di Samut Sakhon, Thailand kelmarin, lapor portal berita Pattaya Mail.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemilik ladang, penduduk kampung dan pihak berkuasa berkaitan.

Pemilik ladang ternakan itu, Pichet Kansutha memaklumkan kepada mereka yang memburu buaya-buaya  itu supaya berhati-hati.

Punca reptilia itu lolos adalah kerana sebuah dinding sebuah  kolam simen yang menempatkan haiwan  pecah.

Ia menyebabkan sebilangan buaya keluar dan masuk ke dalam kolam ikan yang terletak berhampiran.

Sebanyak 14 ekor buaya berjaya ditangkap semula,  namun dipercayai beberapa lagi masih bebas berkeliaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI