fbpx

Ahli kariah tangkap lelaki 50 tahun disyaki curi tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV memaparkan suspek mencuri wang dari tabung Masjid Che Mohid, Guntung, Setiu pada kelmarin.

SETIU – Ahli kariah Masjid Che Mohid, Guntung di sini berjaya menangkap lelaki berusia 50 tahun semalam selepas disyaki kerap memecah tabung masjid itu termasuk dalam kejadian terbaharu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, perbuatan lelaki itu dikesan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada pukul 5 pagi, kelmarin.

“Imam masjid berkenaan menerima ‘notification’ (notis pemberitahuan) menerusi telefon bimbitnya berhubung pergerakan mencurigakan yang dikesan CCTV berkenaan.

“Penelitian lanjut terhadap rakaman CCTV mendapati suspek memasuki ruang masjid sebelum mencuri duit dari tabung tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, individu sama juga dikesan melakukan perbuatan serupa pada Rabu lalu.

Beliau menjelaskan, imam dengan bantuan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) masjid kemudian cuba menangkap lelaki itu ketika dia muncul sekali lagi pada pukul 3 petang semalam.

“Suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang berada di luar masjid. Berlaku sedikit pergelutan menyebabkan suspek cedera pada muka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI