fbpx

4 selebriti cantik ‘terjerat’ cinta Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT wanita cantik dan popular yang terkait sensasi bersama Aliff Aziz.

NAMA penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz kembali panas dan meledak sejak minggu lalu, selepas ‘kantoi’ dicekup khalwat bersama heroin gandingan drama terbaharunya, Ruhainies.

Kejadian penangkapan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara yang menggemparkan industri hiburan tersebut memang mengejutkan.

Bagaimanapun, netizen tidak hairan dengan kejadian tersebut kerana bukan kali pertama Aliff terbabit dengan isu membabitkan beberapa selebriti wanita tanah air sebelum ini.

MENGAKU silap kerana berdua-duaan dengan Aliff di dalam rumahnya, Ruhainies sebenarnya bukan selebriti pertama yang terkait ‘cinta’ bersama lelaki asal Singapura itu.

Bahkan, Ruhainies bukanlah artis wanita pertama yang pernah dikaitkan dengan suami kepada Bella Astillah itu.

Selain dengan artis, Aliff juga pernah menjalin hubungan dengan seorang wanita Singapura.

Berikut merupakan empat selebriti wanita yang pernah digosipkan dengan Aliff Aziz dari zaman sebelum berkahwin sehingga timbulnya isu terkini bersama Ruhainies.

Datin Anne Ngasri

Pelakon Datin Anne Ngasri dan Aliff Aziz dikatakan mula rapat selepas terlibat dengan penggambaran drama terbitan syarikat produksi Anne iaitu Antara Kita pada 2012. Ketika itu, Anne yang juga ibu tunggal kepada tiga anak berusia 28 tahun, manakala Aliff pula 21 tahun.

Selepas lapan bulan dikatakan bercinta, mereka akhirnya berpisah sebelum Anne berkahwin dengan Datuk Sumali Reduan pada tahun sama.

 

Afifah Nasir

Sekitar Julai 2017, Aliff yang ketika itu sudah pun berkahwin dengan Bella Astillah, didakwa telah berlaku curang bersama pelakon Afifah Nasir. Cerita itu timbul selepas kedua-dua mereka didapati berhibur di sebuah pusat karaoke.

Selepas perkara itu heboh diperkatakan, Aliff akhirnya mengaku salah keluar bersama Afifah tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, Afifah menafikan mereka menjalin hubungan Istimewa seperti yang digembar-gemburkan ramai orang.

Oktovia Manrose

Pada 2019, Aliff sekali lagi didakwa buat perangai apabila dikaitkan pula dengan pelakon Oktovia Manrose. Perkara itu didedahkan sendiri Bella menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram apabila memaklumkan Aliff menunjukkan perubahan sikap selepas selesai penggambaran sebuah telefilem bersama Oktovia. Lebih hangat lagi apabila Aliff dan Oktovia ‘kantoi’ ketika berhibur di sebuah kelab malam.

Netizen yang mengenali pasangan pelakon itu, kemudiannya bertindak merakam aksi mereka berhibur dan berkongsi video tersebut dengan Bella. Walaupun menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama Aliff, Oktivia tetap memohon maaf kepada Bella kerana keluar bersama suami orang.

Sophia Albarakbah

Pada tahun lalu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita cuba mendekati suaminya. Wanita yang dimaksudkannya itu adalah pelakon cantik, Sophia Albarakbah. Lebih panas lagi apabila Sophia sendiri mengakui menyukai Aliff. Bella kemudian mendedahkan bukti perbualannya dengan Sophia yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

Disebabkan dakwaan tersebut, hampir setahun Sophia dihujani gelaran penyondol rumah tangga orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI