LOUIS, MISSOURI – Sebuah muzium di St. Louis memecahkan rekod dunia apabila mengumpulkan seramai 355 orang untuk memakai seluar dalam sebagai topi secara serentak, lapor agensi United Press International semalam.
Muzium berkenaan dilaporkan cuba memecahkan rekod itu sempena cuti tempatan yang disambut pada 14 Mac lalu sebagai penghormatan kepada kod kawasan bandar St.Louis, 314.
Sasarannya adalah untuk mengatasi rekod sebelum ini seramai 270 orang yang dilakukan di Naperville pada 2012.
Muzium sama menyediakan seluar dalam putih untuk percubaan itu, manakala pengadil Guinness World Records mengumumkan pencapaian mereka selepas pukul 2.30 petang (waktu tempatan).
Muzium tersebut pernah mencatatkan namanya dalam Guinness World Records untuk pensil terbesar, gergaji terpanjang dan raket tenis terbesar.
Ia juga pemegang rekod dunia tidak rasmi untuk sepasang seluar dalam terbesar di dunia yang dipamerkan di fasiliti itu. – AGENSI