fbpx

Warga emas tipu duit rakan kerana wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHARNYUT (tiga dari kanan) dicekup polis kerana menipu beberapa rakannya di Bangkok baru-batu ini. - Foto Cop's Magazine

BANGKOK  – Polis menangkap seorang lelaki Thailand berusia 73 tahun di rumahnya di Bangkok selepas dia menipu wang rakan-rakannya berjumlah jutaan baht kerana mahu berseronok dengan dua wanita penghibur, lapor portal berita Thaiger semalam.

Tangkapan  dilakukan baru-baru ini selepas seorang lelaki membuat aduan polis terhadap warga emas tersebut kerana menipu wangnya sebanyak 300,000 baht (RM39,417).

Mangsa menjelaskan bahawa Charnyut Saelok menipunya dengan membuat alasan palsu bahawa wang yang dipinjam digunakan untuk rawatan perubatan anak angkatnya.

Namun, wang tersebut digunakan untuk membayar perkhidmatan yang disediakan oleh dua wanita penghibur.

Charnyut tidak dapat dihubungi selepas mendapat wang itu.

Mangsa kemudian mendapat tahu bahawa beberapa rakannya yang lain turut terpedaya dengan lelaki tersebut.

Charnyut kini didakwa melakukan penipuan dan berdepan denda atau hukuman penjara hingga lima tahun jika didapati bersalah. – AGENSI   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI